Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hassan berdepan dengan saingan lima penjuru selepas empat lagi calon mengesahkan pencalonan mereka bagi merebut kerusi P131 Parlimen Rembau.<br /><br />Pada proses penamaan calon yang berlangsung di Dewan Seri Rembau di sini pagi tadi, kesemua calon-calon hadir bersama wakil parti dan penyokong mereka seawal jam 8 pagi lagi.<br /><br />Tok Mat akan berdepan dengan cabaran daripada calon empat parti lain iaitu Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN), Gerakan Tanah Air (GTA) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM).